JOHOR BAHRU: Polis menahan 19 individu dipercayai terbabit dengan sindiket pelaburan palsu menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Khamis lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
"Siasatan mendapati sindiket yang beroperasi sejak Februari lepas ini menjadikan tiga kediaman sewa berpagar dan berpengawal sebagai pusat panggilan dengan menawarkan gaji RM2,500 sebulan kepada ahli yang menjadi ejen panggilan, manakala penyelia dibayar hingga RM7,000 sebulan.
"Sindiket turut menyediakan skrip perbualan mengikut kesesuaian, termasuk ayat-ayat manis seolah-olah pemanggil dan mangsa menjalinkan hubungan cinta sebelum meminta mangsa membuat pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelia manakala bakinya adalah ejen panggilan, dengan sindiket menyasarkan mangsa tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai platform media sosial antaranya Telegram, TikTok dan WeChat.
"Terlebih dahulu, pemanggil akan berkenalan dengan mangsa, seolah-olah mengambil berat terhadap kesejahteraan mangsa sebelum meminta mangsa membuat pelaburan.
"Apabila mangsa bersetuju, mereka akan diperkenalkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pakar kewangan dan pelaburan," katanya.
Kumar berkata pihaknya turut merampas 73 telefon bimbit, 40 keping simkad, 16 helai kertas skrip perbualan, sebuah kenderaan, satu unit modem serta serangkai anak kunci.
Kesemua individu itu, katanya direman sejak Jumaat lepas bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Pemanggil akan berkenalan dengan mangsa, seolah-olah mengambil berat terhadap kesejahteraan mangsa sebelum meminta mangsa membuat pelaburan. -Gambar hiasan
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.